Isnin, 16 Mei 2011

Sardine Rangup

 
Jom hari ini kita minum petang dengan sardine ranggup. Senang je buatnya. Rugi kalau tak cuba. Kita buat sama-sama ye.

BAHAN-BAHANNYA:
  • 10 keping roti
  • 1 tin sardin kecil (cap ape pun takpe)
  • 1 ulas bawang besar - dicincang halus
  • 1 biji telur
  • 3 ulas bawang mereh - dikisar
  • 1ulas bawang putih - dikisar
  • 4 tangkai cili kering - dikisar
  • Sedikit serbuk roti oren / boleh juga guna biskut kering (hancurkan)
  • sedikit minyak untuk masak dan menggoreng

CARA-CARANYA:

  1. Tumiskan bahan kisar dan masukkan sardin yang tlah dihancurkan. Kacau rata, kemudian masukkan bawang besar yang siap dicincang. Masak sehingga garing dan angkat sejukkan sebentar.
  2. Ambil roti letakkan sardin ditengah-tengahnya, Kemudian kepitkan dengan acuan karipap.
  3. Celupkan roti di dalam adunan telur.
  4. Salut roti dengan serbuk roti oren. Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan
  5. Pastikan api dalam keadaan sederhana supaya roti tidak hangus.
  6. Sedia untuk dihidang. Selamat mencuba.




Kuih Tepung Bawang


Pagi esok kak iza nak buat lagi kuih tepung bawang ni. Nampak macam kuih karipap kan. Tapi bukan karipap. Caranya lebih kurang sama macam nak buat karipap. Jom kak iza tunjukkan camne nak buat kuih tepung bawang ni.


BAHAN-BAHANNYA:-

Bahagian A (Kulit):
  • 2 cawan tepung gandum
  • 4 sudu besar marjerin
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 cawan air
  • Minyak untuk menggoreng


Bahagian B (Inti):
  • 1/2 cawan isi ayam - dipotong kecil
  • 1 cawan kentang - dipotong dadu
  • 2 labu bawang besar - dipotong dadu
  • 1/2 sudu kecil hirisan halia
  • 2 sudu besar rempah kari daging - dibancuh dengan 4 sudu besar air
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit hirisan daun sup dan daun bawang (Ikut suka nak letak atau tidak)
  • Minyak untuk menumis


CARA-CARA MEMBUATNYA:-

Cara membuat inti:
  1. Tumis bawang besar hingga kekuningan kemudian masukkan halia dan rempah kari. Kacau rata
  2. Masukkan isi ayam bersama kentang dan garam. Kacau hingga rata dan tutup kuali sebentar hingga kedua-dua bahan empuk
  3. Setelah empuk, masukkan hirisan daun sup serta daun bawang, kacau sebentar, keringkan kuah sekiranya ada. Angkat dan sejukkan.

Cara membuat kulit:

  1. Sediakan bekas mengadun, masukkan tepung , garam dan marjerin. Gaul dengan rata.
  2. Tuangkan air sedikit demi sedikit sambil diuli hingga membentuk doh yang lembut.
  3. Canai setebal suku sentimeter. Terap dengan acuan bulat. 
  4. Kemudian isikan inti, tangkup dengan sekeping lagi adunan yang sama tapi yang tidak diletakkan inti. Dan kelim kemas sekelilingnya.
  5. Setelah selesai barulah goreng dengan api yang sederhana hingga kekuningan.
  6. Angkat, sedia dimakan panas-panas. Selamat menjamu selera.