Isnin, 30 Mei 2011

Mi Rebus Johor

Kalau cakap bab mi rebus ni memang kesukaan kak iza. Lagi-lagi yang berkaitan dengan mi kuning memang kak iza tak tolak. Mi rebus johor ni baru sekali kak iza buat. Almaklum la baru-baru belajar. Resepinya lak kak iza dapat dari mak saudara kak iza. Kalau nak tahu rasanya kena tahu resepinya...tak gitu.



BAHAN-BAHANNYA:

  • Mi kuning (dicelur dengan air panas)
  • 1 kg daging (dipotong kecil @ dikisar)
  • 4 ketul ubi keledek (direbus dan dikisar)
  • 3 genggam kacang tanah (digoreng & dikisar)
  • 1 paket kecil serbuk kari daging
  • Segenggam udang kering (dikisar)
  • Segenggam lada kering (direbus & dikisar)
  • 3 labu bawang besar (dikisar)
  • 5 biji bawang putih (dikisar)
  • 2 inci halia diketuk
  • 2 inci lengkuas diketuk
  • 1 batang serai di ketuk
  • Sedikit udang basah 
  • rempah ratus (3 biji bunga cengkih, 1 ulas bunga lawang, 1 batang kayu manis & 2 biji buah pala)
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Perasa secukup rasa
  • Air secukupnya.


BAHAN UNTUK HIASAN:-

  • 2 keping tauhu yang digoreng dan dipotong dadu
  • Bawang goreng
  • Lada besar hijau dan merah dihiris nipis
  • Daun sup dan daun bawang
  • Taugeh yang dicelur
  • Limau kasturi


CARA-CARANYA:


  1. Tumiskan rempah ratus sehingga garing. Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi bersama. Masakkan hingga garing.
  2. Masukkan halia, lengkuas dan serai. Kacau dan biarkan sebentar.
  3. Kemudian masukkan daging yang dikisar tadi dan kacau hingga terbit air.
  4. Masukkan ubi keledek dan kacang tanah yang dikisar. Tambah air mengikut kepekatan yang kita mahu.
  5. Tambahkan garam, gula dan perasa (Ikut kesukaan kita tapi biasanya kuah mi rebus agak manis)
  6. Setelah masak hidangkan bersama mi yang telah dicelur dan hiaskan dengan bahan hiasan tadi. Selamat mencuba ya.