Isnin, 30 Mei 2011

Mi Rebus Johor

Kalau cakap bab mi rebus ni memang kesukaan kak iza. Lagi-lagi yang berkaitan dengan mi kuning memang kak iza tak tolak. Mi rebus johor ni baru sekali kak iza buat. Almaklum la baru-baru belajar. Resepinya lak kak iza dapat dari mak saudara kak iza. Kalau nak tahu rasanya kena tahu resepinya...tak gitu.



BAHAN-BAHANNYA:

  • Mi kuning (dicelur dengan air panas)
  • 1 kg daging (dipotong kecil @ dikisar)
  • 4 ketul ubi keledek (direbus dan dikisar)
  • 3 genggam kacang tanah (digoreng & dikisar)
  • 1 paket kecil serbuk kari daging
  • Segenggam udang kering (dikisar)
  • Segenggam lada kering (direbus & dikisar)
  • 3 labu bawang besar (dikisar)
  • 5 biji bawang putih (dikisar)
  • 2 inci halia diketuk
  • 2 inci lengkuas diketuk
  • 1 batang serai di ketuk
  • Sedikit udang basah 
  • rempah ratus (3 biji bunga cengkih, 1 ulas bunga lawang, 1 batang kayu manis & 2 biji buah pala)
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Perasa secukup rasa
  • Air secukupnya.


BAHAN UNTUK HIASAN:-

  • 2 keping tauhu yang digoreng dan dipotong dadu
  • Bawang goreng
  • Lada besar hijau dan merah dihiris nipis
  • Daun sup dan daun bawang
  • Taugeh yang dicelur
  • Limau kasturi


CARA-CARANYA:


  1. Tumiskan rempah ratus sehingga garing. Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi bersama. Masakkan hingga garing.
  2. Masukkan halia, lengkuas dan serai. Kacau dan biarkan sebentar.
  3. Kemudian masukkan daging yang dikisar tadi dan kacau hingga terbit air.
  4. Masukkan ubi keledek dan kacang tanah yang dikisar. Tambah air mengikut kepekatan yang kita mahu.
  5. Tambahkan garam, gula dan perasa (Ikut kesukaan kita tapi biasanya kuah mi rebus agak manis)
  6. Setelah masak hidangkan bersama mi yang telah dicelur dan hiaskan dengan bahan hiasan tadi. Selamat mencuba ya.

Jumaat, 27 Mei 2011

Roti Sosej Gulung



Petang semalam hujan lebat, lapar pulak perut kak iza ni. Kak iza buka peti ada nampak sosej yang kak iza beli hari isnin hari tu. So,tengok roti pun ada kak iza pun buatlah roti sosej ni. Mungkin ada yang pernah cuba, ada yang tak pernah cuba. Sape yan tak pernah cuba tu jom kak iza bagi resepi.. Sonang yo...


BAHAN-BAHANNYA:

  • 10 keping roti sandwich gardenia
  • 10 batang sosej
  • 4 keping biskut cream creaker (dihancurkan)
  • 2 biji telur (dipukul seperti ingin buat telor dadar)


CARA MEMBUATNYA:

  1. Ambil roti, buang setiap bahagian tepi roti. Buang menggunakan pisau.
  2. Setelah buang lenyekkan roti hingga nipis. 
  3. Kemudian ambil sosej dan letakkan diatas roti yang siap dilenyek tadi, lalu digulungkan.
  4. Potong sosej yang berlebihan dihujung kiri dan kanan.
  5. Setelah itu celupkan roti yang siap digulung tadi ke dalam telor yang telah dipukul. Kemudian salutkan roti tadi ke dalam biskut yang telah dihancurkan.
  6. Buat sehingga habis roti tadi dan barulah digoreng ke dalam minyak yang sederhana panas.
  7. Goreng hingga kuning keemasan. Pastikan api tidak terlalu besar.
  8. Angkat dan sedia untuk dihidang. Mudah je kan.  Selamat mencuba.




Ahad, 22 Mei 2011

Pari Masak Rempah


Asyik buat kuih je sampai lupa nak fikirkan hari ni nak masak ape. Semalam suami kak iza mancing. Dapat la 2 ekor ikan pari. Kak iza ingat nak buat pari masak rempah la hari ni. Meh la kita tengok resepinye.

BAHAN-BAHANNYA:
  • 500 gm ikan pari - dipotong sederhana besar
  • 4 cawan air asam jawa
  • 1 bungkus kecil rempah kari - dibancuh dengan sedikit air
  • 80 gm kelapa - dibakar sedikit dan ditumbuk lumat
  • Beberapa helai daun kari
  • 2 batang serai - diketuk pangkalnya
  • Minyak untuk menumis
  • Garam dan serbuk perisa secukup rasa
  • Bendi atau terung (jika suka)
  • 2 sudu besar cili kering kisar

BAHAN DIKISAR:
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 5 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm kunyit hidup
  • 2 cm halia
  • 3 cm lengkuas
  • Sedikit belacan

CARA MENYEDIAKANNYA:
  1.  Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik aroma.
  2. Masukkan cili kisar, lada hitam, kunyit, halia, belacan dan lengkuas. Biarkan semuanya masa.
  3. Masukkan rempah kari, serai, daun kari dan kelapa bakar.
  4. Masukkan ikan pari dan campurkan air asam jawa, biarkan mendidih.
  5. Masukkan garam dan serbuk perasa. Akhir sekali masukkan bendi atau terung.
  6. Setelah mendidih, angkat dan hidangkan.

Jemput-Jemput Udang


Pagi ni kak iza buat jemput-jemput udang je. Ni pun dah sedap. Jom la tengok macam mana buat jemput-jemput udang ni.


BAHAN-BAHANNYA:

  • Udang besar dipotong kecil
  • 1 pokok daun kucai (dihiris halus)
  • 1 biji bawang merah kecil (dihiris halus)
  • Setengah biji cili merah (dihiris halus)
  • 1 biji telur
  • Tepung gandum & air secukupnya
  • Garam secukup rasa


CARA-CARANYA:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam bekas. Gaul rata.
  2. Adunan dibiarkan selama lebih kurang sejam atau lebih baik semalaman. Supaya bahan-bahan sebati.
  3. Goreng dengan minyak panas. Goreng hingga kekuningan keemasan.
  4. Angkat dan sedia untuk dihidang. Makan panas-panas memang sedap.
  5. Boleh la cuba. 

Sabtu, 21 Mei 2011

Kek Coklat Kukus


KEK COKLAT KUKUS ni biasanya kak iza buat bila tiba hari raya atau buat besday anak-anak kak iza je. Resepi kek coklat kukus ni kawan kak iza yang bagi. first time buat sedap juga, tu yang kak iza nak kongsi ni. Jom kita buat.... =D 

BAHAN-BAHANNYA:
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan minyak mazola
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan air panas
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbornat


CARA-CARANYA
  1. Masukkan gula, minyak mazola, telur dan susu pekat. Pukul hingga kembang.
  2. Kemudian ayakkan koko, tepung gandum, soda bikarbornat dan baking powder.
  3. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan yang dipukul hingga kembang tadi.
  4. Kemudian masukkan air panas sedikit demi sedikit.
  5. Kukus sehingga masak. 
  6. Sejukkan dan potong. Sedia untuk dihidang.

Ikan kembung Percik

Bukan ayam je boleh buat ayam percik tapi ikan pun boleh buat juga cuma resepinya lain sikit. Kak iza dah pernah buat resepi ni. Senang je buatnya. Jom kak iza kongsi resepinya.


BAHAN-BAHANNYA:
  • 5 ekor ikan kembung
  • 13 ulas bawang merah - ditumbuk
  • 1 cm halia - ditumbuk
  • Sedikit belacan
  • Sebiji kelapa ambil santan pekat
  • Gula
  • Garam
  • Serbuk perasa (sekiranya suka)

CARA MENYEDIAKANNYA:
  1.  Gaulkan ikan yang siap disiang dan dikelar dengan sebahagian daripada bahan-bahan. Perap sebentar.
  2. Campurkan santan dengan belacan, baki bahan tumbuk, garam, gula dan serbuk perasa. Kemudian didihkan atas api hingga pekat (Jangan biarkan santan bertahi minyak / berketul-ketul. Sentiasa kacau)
  3. Bakar ikan hingga masak, siram dengan kuah dan bakar lagi. Ulangi proses ini beberapa kali supaya kuah bersalut dan meresap ke dalam ikan.
  4. Angkat dan sedia untuk di makan dengan nasi atau begitu sahaja. Rugi tak cuba.




Rabu, 18 Mei 2011

Samosa Pakistan


Dua minggu lepas jiran kak iza ada bagi kak iza kuih samosa pakistan. Rasanya memang sedap. Kak iza pun terus mintak resepi kuih ni kat jiran kak iza tu. Dah dua minggu dapat resepi tu baru hari ni kak iza ingat nak buat. Jomlah kita buat sama-sama.


BAHAN-BAHANNYA:-


Bahagian kulit:

  • 100 gram tepung gandum
  • 1/4 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1/4 sudu kecil serbuk penaik
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1/4 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 60 gram marjerin 
  • 2 sudu besar yogurt asli


Bahagian Inti:

  • 2 biji kentang kecil - kupas kulit dan potong dadu
  • 1 labu bawang besar - dicincang kecil
  • 1 sudu besar rempah kari daging (terpulanglah nak guna jenama apa tapi kak iza suka guna adabi)
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Garam secukup rasa


CARA SEDIAKAN KULIT:


  1. Ayak tepung, garam halu dan serbuk penaik. 
  2. Kemudian campurkan jintan putih, serbuk lada hitam serta lada putih. Kemudian gaul dengan marjerin dan yogurt. Uli hingga menjadi doh yang lembut


CARA SEDIAKAN INTI:


  1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang dan masukkan rempah kari diikuti sedikit air dan kacau hingga pecah minyak.
  2. Masukkan ubi kentang, kacau sebentar dan tutup sehingga empuk dan kuahnya agak kering. Angkat dan sejukkan.


CARA MENYEDIAKAN SAMOSA:

  1. Bahagikan doh menjadi bebola kecil sebesar 2cm. 
  2. Kemudian canai setiap bebola lebih kurang 2mm. Potong dua dan isikan inti.
  3. Kemudian lipat berbentuk segi tiga. Basahkan hujung lipatan dengan air dan cantumkan kemas agar tidak terbuka.
  4. Goreng dalam minyak panas dan api yang sederhana hingga kekuningan.
  5. Angkat dan sedia untuk dimakan. Cubalah ye



Isnin, 16 Mei 2011

Sardine Rangup

 
Jom hari ini kita minum petang dengan sardine ranggup. Senang je buatnya. Rugi kalau tak cuba. Kita buat sama-sama ye.

BAHAN-BAHANNYA:
  • 10 keping roti
  • 1 tin sardin kecil (cap ape pun takpe)
  • 1 ulas bawang besar - dicincang halus
  • 1 biji telur
  • 3 ulas bawang mereh - dikisar
  • 1ulas bawang putih - dikisar
  • 4 tangkai cili kering - dikisar
  • Sedikit serbuk roti oren / boleh juga guna biskut kering (hancurkan)
  • sedikit minyak untuk masak dan menggoreng

CARA-CARANYA:

  1. Tumiskan bahan kisar dan masukkan sardin yang tlah dihancurkan. Kacau rata, kemudian masukkan bawang besar yang siap dicincang. Masak sehingga garing dan angkat sejukkan sebentar.
  2. Ambil roti letakkan sardin ditengah-tengahnya, Kemudian kepitkan dengan acuan karipap.
  3. Celupkan roti di dalam adunan telur.
  4. Salut roti dengan serbuk roti oren. Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan
  5. Pastikan api dalam keadaan sederhana supaya roti tidak hangus.
  6. Sedia untuk dihidang. Selamat mencuba.




Kuih Tepung Bawang


Pagi esok kak iza nak buat lagi kuih tepung bawang ni. Nampak macam kuih karipap kan. Tapi bukan karipap. Caranya lebih kurang sama macam nak buat karipap. Jom kak iza tunjukkan camne nak buat kuih tepung bawang ni.


BAHAN-BAHANNYA:-

Bahagian A (Kulit):
  • 2 cawan tepung gandum
  • 4 sudu besar marjerin
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 cawan air
  • Minyak untuk menggoreng


Bahagian B (Inti):
  • 1/2 cawan isi ayam - dipotong kecil
  • 1 cawan kentang - dipotong dadu
  • 2 labu bawang besar - dipotong dadu
  • 1/2 sudu kecil hirisan halia
  • 2 sudu besar rempah kari daging - dibancuh dengan 4 sudu besar air
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit hirisan daun sup dan daun bawang (Ikut suka nak letak atau tidak)
  • Minyak untuk menumis


CARA-CARA MEMBUATNYA:-

Cara membuat inti:
  1. Tumis bawang besar hingga kekuningan kemudian masukkan halia dan rempah kari. Kacau rata
  2. Masukkan isi ayam bersama kentang dan garam. Kacau hingga rata dan tutup kuali sebentar hingga kedua-dua bahan empuk
  3. Setelah empuk, masukkan hirisan daun sup serta daun bawang, kacau sebentar, keringkan kuah sekiranya ada. Angkat dan sejukkan.

Cara membuat kulit:

  1. Sediakan bekas mengadun, masukkan tepung , garam dan marjerin. Gaul dengan rata.
  2. Tuangkan air sedikit demi sedikit sambil diuli hingga membentuk doh yang lembut.
  3. Canai setebal suku sentimeter. Terap dengan acuan bulat. 
  4. Kemudian isikan inti, tangkup dengan sekeping lagi adunan yang sama tapi yang tidak diletakkan inti. Dan kelim kemas sekelilingnya.
  5. Setelah selesai barulah goreng dengan api yang sederhana hingga kekuningan.
  6. Angkat, sedia dimakan panas-panas. Selamat menjamu selera.

Sabtu, 14 Mei 2011

Popia Basah


POPIA BASAH ni selalu jugak kak iza makan waktu kat kolej dulu. Biasanya yang jual mamak je. Tapi sekarang ini buat sendiri je. Kawan kak iza yang ajar. Walaupun nampak rumit tapi lebih baik buat sendiri. Mari kita belajar buat kuih ini.

BAHAN-BAHANNYA:-

Bahan Kulit Popia:
  • 600 gram tepung gandum
  • 600 gram air
  • 1 sudu kecil cuka
  • 2 sudu kecil minyak jagung
  • 1 1/2 sudu kecil garam
Bahan Inti Popia:
  • 300 gram sengkuang - diparut kasar memanjang
  • 1 batang lobak merah - diparut kasar memanjang
  • 5 gram udang kering - digoreng garing dan ditumbuk halus
  • 100 gram udang segar - dipotong kecil
  • 4 ulas bawang putih - dicincang halus
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • 100 gram kacang panjang - dipotong kecil nipis
  • 200 gram tauge
  • 2 biji telur - digoreng hancur
  • Sedikit bijan - disangai atau digoreng tanpa minyak
  • Sedikit kacang tanah - digoreng tanpa minyak dan ditumbuk jangan terlalu halus
  • sedikit baang goreng
Bahan Sos:
  • 50 gram cili kering - dikisar halus
  • 5 ulas bawang putih - ditumbuk halus
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam secukup rasa
  • 100 gram betik dikisar halus untuk mememkatkan kuah


CARA-CARA MEMBUATNYA:-

Bahagian kulit Popia:
  1. Untuk kulit popia, satukan kesemua bahan dan gaul hingga sebati. Kemudian perapkan adunan sekurang-kurangnya 4 jam. Pastikan adunan ini tidak bergentel atau bertali.
  2. Dengan api sederhana panaskan sedikit minyak jagung di atas pan panas, setelah betul-betul panas leserkan adunan diatasnya hingga terhasil kulit popia yang nipis (seperti buat lempeng tapi buat nipis sikit)
  3. Biarkan sehingga kulit popia benar-benar masak sebelum diangkat. Setelah angkat letak di dalam pinggan dan tutup dengan tuala lembab.


Cara sediakan inti:
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih sehingga naik aroma, kemudian masukkan udang segar.
  2. Masukkan lobak merah, kacang panjang, sengkuang dan taugeh. Gaul rata seketika, kemudian masukkan udang kering dan garam secukup rasa.
  3. Akhir sekali masukkan telur yang telah digoreng hancur, kacau seketika, angkat dan biarkan inti sejuk.
Cara sediakan sos:
  1. Satukan semua bahan dan masak seketika.


Cara Menyediakan Popia:
  1. Ambila sekeping kulit popia, sapukan sedikit sos di atasnya, isikan inti di tengahnya. Kemudian tabur bawnag goreng, kacang tanah serta bijan dan gulung seperti menggulung kuih ketayap.
  2. Boleh juga menyapu sos dan menabur kacang, bijan dan bawang goreng di atas popia yang siap di gulung.
  3. Sediakan untuk dihidang. Selamat mencuba.

Bergedil Ayam


Kak iza rajin buat bergedil ini. Resepi ini senang sangat Dalam seminggu mesti dua atau tiga kali kak iza akan buat. Anak-anak pun sukakannya. Makan camtu pun sedap. Nak tau macam mana buat bergedil ayam. Jom kita sama-sama buat.

BAHAN-BAHANNYA:
  • Kentang (anggaran 7-10 biji)
  • 2 biji telur
  • 1/2 mangkuk ayam dikisar
  • Garam secukup rasa
  • Lada putih (Ikut suka)
  • Buah pala dikisar (Ikut suka)
  • Bawang goreng
CARA-CARA MEMBUATNYA:
  1. Kupas dan potong kentang kemudian goreng tidak terlalu garing. Kemudian angkat kentang itu.
  2. Pecahkan telur dan asingkan kuning dan putih telur itu.
  3. Kemudian masukkan ayam yang dah dikisar dan kentang yang dah di goreng tadi ke dalam mangkuk dan lenyekkan. 
  4. Kemudian masukkan kuning telur dan bawang goreng ke dalam ayam tadi dan lenyekkan sekali. Masukkan sedikit garam, lada putih dan buah pala. Gaul hingga sebati.
  5. Bentukkan bulat bahan tadi seperti bergedil. Celup dalam putih telur yang siap dipukul dan goreng di dalam minyak panas.
  6. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan sedia untuk di makan.

Kuih Putu Ayu


Teringin nak buat kuih putu ayu pula hari ini. Jom kita buat.

BAHAN-BAHANNYA:
  • 5 biji telur
  • 4 sudu besar gula
  • 1 cawan tepung pulut
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • Garam secukup rasa
  • 2/3 santan pekat
  • Kelapa parut (sukatan ikut suka)
  • Pewarna hijau / perisa pandan
CARA-CARA MEMBUATNYA:
  1. Pukul telur, kemudian masukkan gula. Pukul hingga kembang.
  2. Masukkan tepung pulut, tepung gandum dan garam ke dalam ayak tepung. Kemudian ayak tepung tersebut ke dalam mangkuk telur tadi. kacau hingga sebati dan masukkan santan dan kacau lagi.
  3. Tambah pewarna hijau / perisa pandan ke dalam adunan tepung tadi.
  4. Gaul kelapa parut dengan sedikit garam dan masukkan ke dalam acuan. kukus selama 5 minit.
  5. Kemudian masukkan adunan tepung tadi di atas kelapa yang telah di kukus. Kukus selama 15 minit lagi.
  6. Sejukkan dan sedia untuk dihidang. Selamat mencuba.

Selasa, 10 Mei 2011

Kuih Talam Keladi



Kak iza ingin kongsi resepi kuih talam keladi. Kuih ini memang kesukaan kak iza. Jom kita buat kuih ini.


BAHAN-BAHANNYA:

Bahagian A (Lapisan Bawah)

  • 400-450 gm Keladi 
  • 110 gm Tepung Gandum
  • 580 gm Santan (santan pekat 300 gm + 280 gm air sejuk)
  • Garam secukup rasa


Bahagian B (Lapisan Atas)

  • 80 gm Tepung Gandum
  • 380 gm Santan pekat ( 190 gm santan pekat + 190 gm air sejuk)
  • 2 biji Telur
  • 120 gm Gula pasir
  • Garam secukup rasa
  • Pewarna keladi (purple atau violet)


Cara Membuatnya:

Lapisan Bawah

  1. Keladi dipotong dadu dan kukus atau rebus hingga masak dan dilenyekkan
  2. Masukkan tepung gandum, garam dan santan
  3. Gaul ketiga-tiga bahan sehingga sebati dan masakkannya hingga keluar wap dan pekat (sentiasa dikacau supaya tidak berketul). Kemudian tutup api.
  4. Masukkan keladi yang siap dilenyek ke dalam campuran ketiga-tiga bahan tadi dan kacau supaya rata.
  5. sapukan seluruh permukaan loyang dengan minyak kemudian lapikkan plastik di dalam loyang (sapukan juga minyak di permukaan plastik dan sekekliling loyang)
  6. Masukkan bahan-bahan tadi ke dalam loyang dan kukus sehingga masak.

Lapisan Atas

  1. Masukkan tepung gandum,gula,garam dan telur. Gaul bahan itu hingga sebati.
  2. Masukkan santan dan gaul lagi sehingga sebati
  3. Masakkan atas api dan masukkan sedikit pewarna purple serta dikacau sehingga keluar wap tapi jangan sampai pekat untuk memastikan permukaan atas licin (sentiasa dikacau supaya tidak berketul). Setelah keluar wap tutup api.
  4. Kemudian tuangkan bahan tadi di atas lapisan bawah dan kukus semula sehingga masak
  5. Tunggu sehingga sejuk baru dipotong menggunakan pisau plastik. Siap untuk dihidang


Inilah rupa kuih talam keladi yang baru di masak. Selamat mencuba.