Sabtu, 21 Mei 2011

Kek Coklat Kukus


KEK COKLAT KUKUS ni biasanya kak iza buat bila tiba hari raya atau buat besday anak-anak kak iza je. Resepi kek coklat kukus ni kawan kak iza yang bagi. first time buat sedap juga, tu yang kak iza nak kongsi ni. Jom kita buat.... =D 

BAHAN-BAHANNYA:
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan minyak mazola
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan air panas
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbornat


CARA-CARANYA
  1. Masukkan gula, minyak mazola, telur dan susu pekat. Pukul hingga kembang.
  2. Kemudian ayakkan koko, tepung gandum, soda bikarbornat dan baking powder.
  3. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan yang dipukul hingga kembang tadi.
  4. Kemudian masukkan air panas sedikit demi sedikit.
  5. Kukus sehingga masak. 
  6. Sejukkan dan potong. Sedia untuk dihidang.

Ikan kembung Percik

Bukan ayam je boleh buat ayam percik tapi ikan pun boleh buat juga cuma resepinya lain sikit. Kak iza dah pernah buat resepi ni. Senang je buatnya. Jom kak iza kongsi resepinya.


BAHAN-BAHANNYA:
  • 5 ekor ikan kembung
  • 13 ulas bawang merah - ditumbuk
  • 1 cm halia - ditumbuk
  • Sedikit belacan
  • Sebiji kelapa ambil santan pekat
  • Gula
  • Garam
  • Serbuk perasa (sekiranya suka)

CARA MENYEDIAKANNYA:
  1.  Gaulkan ikan yang siap disiang dan dikelar dengan sebahagian daripada bahan-bahan. Perap sebentar.
  2. Campurkan santan dengan belacan, baki bahan tumbuk, garam, gula dan serbuk perasa. Kemudian didihkan atas api hingga pekat (Jangan biarkan santan bertahi minyak / berketul-ketul. Sentiasa kacau)
  3. Bakar ikan hingga masak, siram dengan kuah dan bakar lagi. Ulangi proses ini beberapa kali supaya kuah bersalut dan meresap ke dalam ikan.
  4. Angkat dan sedia untuk di makan dengan nasi atau begitu sahaja. Rugi tak cuba.