Bukan ayam je boleh buat ayam percik tapi ikan pun boleh buat juga cuma resepinya lain sikit. Kak iza dah pernah buat resepi ni. Senang je buatnya. Jom kak iza kongsi resepinya.
BAHAN-BAHANNYA:
- 5 ekor ikan kembung
- 13 ulas bawang merah - ditumbuk
- 1 cm halia - ditumbuk
- Sedikit belacan
- Sebiji kelapa ambil santan pekat
- Gula
- Garam
- Serbuk perasa (sekiranya suka)
- Gaulkan ikan yang siap disiang dan dikelar dengan sebahagian daripada bahan-bahan. Perap sebentar.
- Campurkan santan dengan belacan, baki bahan tumbuk, garam, gula dan serbuk perasa. Kemudian didihkan atas api hingga pekat (Jangan biarkan santan bertahi minyak / berketul-ketul. Sentiasa kacau)
- Bakar ikan hingga masak, siram dengan kuah dan bakar lagi. Ulangi proses ini beberapa kali supaya kuah bersalut dan meresap ke dalam ikan.
- Angkat dan sedia untuk di makan dengan nasi atau begitu sahaja. Rugi tak cuba.
0 ulasan:
Catat Ulasan