|
Dah lama kak iza tak update blog ni. Hari ni kak iza nak kongsi resepi KEK COKLAT BASAH yang paling mudah nak sediakan. Resepi KEK COKLAT BASAH ni kak iza dapat dari kak ipar. Kak iza pun dah cuba memang sedap. Anak-anak kak iza memang cukup suka. Jom la kak iza tunjukkan kalau sape yang tak tahu lagi tu....
BAHAN-BAHANNYA:-
- 2 Cawan Tepung Gandum
- 1 Cawan Serbuk Koko
- 1 Sudu Besar Milo
- 1 cawan Susu Pekat Manis
- 2 Cawan Gula Halus (gula yang dikisar halus)
- 1 Cawan Minyak Masak
- 2 Biji Telur
- 1 Sudu Asen Vanila
- 1 Sudu Serbuk Soda Bikarbonat
- 1 Cawan Air Mendidih
CARA-CARANYA
- Ambil tepung, koko, bikarbonat dan milo diayak bersama.
- Masukkan minyak masak ke dalam tepung yang telah diayak tadi. Kacau hingga minyak dan tepung jadi mesra.
- Kamudian masukkan gula halus, kacau sebati. Kemudian masukkan telur dan asen vanila dan kacau hingga sebati. Masukkan pula susu pekat manis dan kacau lagi hingga rata.
- Akhir sekali masukkan air yang baru mendidih dan kacau perlahan-lahan hingga air dengan adunan jadi sebati.
- Kemudian tuang adunan ke dalam talam. Dan kukus selama 1 jam. Pastikkan air kukus telah dipanaskan dahulu sebelum adunan di kukus.
- Setelah masak potong dan boleh dihidangkan panas-panas. Selamat mencuba ya...
Tengok Telor Bungkus ni macam nasi pataya la pulak. Hehehehe..dah lama tak makan nasi pataya. Tapi kakiza bukan nak kongsi resepi nasi pataya. Kakiza nak kongsi resepi Telor Bungkus. Mula-mula buat tu susah jugak tapi bila dah banyak kali buat jadi mudah je. Jom kita buat...
BAHAN-BAHANNYA: - 6 biji telur
- 1 labu bawang besar (dimayang)
- 4 ulas bawang putih (didadukan)
- 1 biji ubi kentang (didadukan)
- 1 batang lobak merah (didadukan)
- Sedikit daging dada ayam (dipotong nipis)
- 3 batang crabstick (boleh juga guna isi ketam)
- 1 sudu besar serbuk kari
- 3 sudu besar tomato puri
- 1 sudu besar serbuk cili (bancuh dengan sedikit air)
- 1 sudu besar lada hitam
- 1 kiub pati ayam
- Sedikit daun sup
- Garam dan gula
CARA-CARANYA:
Inti: - Tumiskan bawang besar dan baang putih hingga garing. Masukkan lada hitam.
- Kemudian masukkan ayam dan crabstick. Masak hingga ayan kecut, kemudian masukkan serbuk cili yang dibancuh air tadi. Masukkan juga tomato puri,kiub ayam dan serbuk kari. Kacau hingga garing.
- Kemudian masukkan lobak merah dan kentang. Masak sampai lobak merah dan kentang empuk. Kemudian masukkan pula daun sup. Angkat dan masukkan ke dalam bekas.
Telor bungkus: - Dadarkan 3 biji telur dan masukkan ke dalam kuali yang telah di sapukan dengan sedikit minyak.
- Kemudian masukkan inti tadi di atas telur tersebut.
- Tunggu telur kering sedikit. Kemudian dadarkan 3 biji lagi telur dan tuangkan atas inti itu.
- Terbalikan perlahan-lahan telur itu. bila dah masak bolehlah dihidang. Letakkan sos dan bawang goreng di atas sekiranya suka. Itu saja selamat mencuba.
Ringkas je resepi ni. Sotong Sumbat Goreng itulah resepi yang kakiza nak kongsi hari ini. Tengahari ni atau malam nanti boleh la buat Sotong Sumbat Goreng ni. Meh la kita tengok resepinye.
BAHAN-BAHANNYA: - 4 ekor sotong besar (dibuang kepala dan dibersihkan)
- 3 sudu besar kelapa parut (ditumbuk lumat)
- 3 tangkai cili merah (ditumbuk lumat)
- 3 ulas bawang merah (ditumbuk lumat)
- 2 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
- 2 cm halia (ditumbuk lumat)
- 2 cm kunyit (ditumbuk lumat)
- Garam secukup rasa
- 2 sudu besar air asam jawa
- Sedikit serbuk cili dan kunyit
- Minyak untuk menggoreng
CARA MEMBUATNYA:
- Campurkan bahan tumbuk tadi dengan garam dan air asam dan kacau rata.
- Kemudian isikan ke dalam sotong dan cucuk bahagian atas sotong itu dengan lidi sate supaya bahan di dalam sotong tadi tidak keluar.
- Kemudian lumurkan sotong dengan garam,kunyit dan serbuk cili.
- Panaskan minyak dan goreng sotong hingga masak. Setelah masak angkat dan letakkan sotong di dalam bekas yang telah dihias dengan hirisan timun, lada benggala dan lobak merah. Boleh la cuba ye.
Bila sebut pasal ikan masin mesti ada yang terliur. ASAM PEDAS IKAN TERUBUK MASIN itulah resepi yang ingin kakiza kongsi hari ini. ikan terubuk masin ni boleh dapat di sawarak. Walaupun banyak tulang tapi memang sedap. Jom la kakiza kongsi resepi asam pedas ikan terubuk masin ni.
BAHAN UNTUK MENUMIS: - 1 labu bawang besar (dihiris nipis)
- Sedikit biji halba dan biji sawi
BAHAN UNTUK DIKISAR: - 5 biji bawang merah
- 1 inci halia
- 1 sudu besar jintan manis
- 1 sudu teh jintan manis
- 1 inci kunyit hidup
- 3 ulas bawang putih
BAHAN-BAHAN LAIN: - 2 batang serai diketuk
- 4 sudu besar cili kering yang dikisar
- 1 ekor ikan terubuk masin (dipotong kecil dan rendam)
- 2 biji terung kecil, dibelah
- 4 biji bendi
- 1 biji tomato dibelah
- air
- 2 kuntum bunga kantan
- segenggam daun kesum
- air asam jawa
- garam dan gula (boleh tambah perisa jika suka)
CARA-CARANYA: - Mula-mula panaskan sedikit minyak. Kemudian tumiskan bahan tumisan hingga naik bau wangi.
- Kemudian masukkan bahan yang telah dikisar tadi bersama serai dan cili kisar tadi, tumis hingga naik bau wangi dan pecah minyak...
- Kemudian masukkan air (agak-agak banyak mana). Masukkan terung, bendi, air asam jawa, bunga kantan dan kacau. Biarkan bahan-bahan tadi empuk
- Kemudian masukkan ikan terubuk masin dan, daun kesum, garam dan gula. Biarkan ia mendidih seketika.
- Sedia untuk dihidang dengan nasi yang panas-panas.
Minggu lepas mak kak iza buat KUIH BINGKA UBI. Dah lama tak makan. Bila balik kampung jelah baru dapat makan bingka ubi. Yelah kat kampung je banyak tanam ubi. Gambar ni pun kak iza ambil lepas setengah jam kuih masak. Lembik sikit sebab resepi ni tak gunakan tepung. Nak Tau tak resepi bingka ubi ni. Jom kita tengok resepinya.
BAHAN-BAHANNYA:
- Ubi kayu (dibuang kulit dan dibersihkan)
- 50 gm gula merah (dimasakkan bersama secawan air)
- Sebiji kelapa parut (diambil santan pekat dlm 2 cawan)
- Gula (Ikut suka nak manis sangat atau tidak)
CARA-CARANYA:
- Ubi kayu yang telah dibersihkan tadi di parut seperti parut kelapa.
- Ambil kain bersih, masukkan ubi yang sudah diparut tadi ke dalam kain dan diperah seperti perah kelapa.
- Hampas ubi tadi masukkan dalam bekas lain. Air ubi tadi pula biarkan seketika supaya sagu di dalam air tadi mendap.
- Kemudian masukkan gula, santan pekat dan gula merah tadi ke dalam hampas ubi tadi.
- Air ubi tadi dibuang dan diambil sagunya lalu dimasukkan bersama hampas ubi tadi. Kacau hingga rata.
- Kemudian masukkan ke dalam periuk acuan bingka dan masakkan di atas api yang sederhana. Sentiasa tengok dalam setengah jam supaya kuih tidak hangus.
- Setelah masak sejukkan dan potong menggunakan pisau plastik.
- Sedia untuk dihidang.
Kalau cakap bab mi rebus ni memang kesukaan kak iza. Lagi-lagi yang berkaitan dengan mi kuning memang kak iza tak tolak. Mi rebus johor ni baru sekali kak iza buat. Almaklum la baru-baru belajar. Resepinya lak kak iza dapat dari mak saudara kak iza. Kalau nak tahu rasanya kena tahu resepinya...tak gitu.
BAHAN-BAHANNYA:
- Mi kuning (dicelur dengan air panas)
- 1 kg daging (dipotong kecil @ dikisar)
- 4 ketul ubi keledek (direbus dan dikisar)
- 3 genggam kacang tanah (digoreng & dikisar)
- 1 paket kecil serbuk kari daging
- Segenggam udang kering (dikisar)
- Segenggam lada kering (direbus & dikisar)
- 3 labu bawang besar (dikisar)
- 5 biji bawang putih (dikisar)
- 2 inci halia diketuk
- 2 inci lengkuas diketuk
- 1 batang serai di ketuk
- Sedikit udang basah
- rempah ratus (3 biji bunga cengkih, 1 ulas bunga lawang, 1 batang kayu manis & 2 biji buah pala)
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Perasa secukup rasa
- Air secukupnya.
BAHAN UNTUK HIASAN:-
- 2 keping tauhu yang digoreng dan dipotong dadu
- Bawang goreng
- Lada besar hijau dan merah dihiris nipis
- Daun sup dan daun bawang
- Taugeh yang dicelur
- Limau kasturi
CARA-CARANYA:
- Tumiskan rempah ratus sehingga garing. Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi bersama. Masakkan hingga garing.
- Masukkan halia, lengkuas dan serai. Kacau dan biarkan sebentar.
- Kemudian masukkan daging yang dikisar tadi dan kacau hingga terbit air.
- Masukkan ubi keledek dan kacang tanah yang dikisar. Tambah air mengikut kepekatan yang kita mahu.
- Tambahkan garam, gula dan perasa (Ikut kesukaan kita tapi biasanya kuah mi rebus agak manis)
- Setelah masak hidangkan bersama mi yang telah dicelur dan hiaskan dengan bahan hiasan tadi. Selamat mencuba ya.
Petang semalam hujan lebat, lapar pulak perut kak iza ni. Kak iza buka peti ada nampak sosej yang kak iza beli hari isnin hari tu. So,tengok roti pun ada kak iza pun buatlah roti sosej ni. Mungkin ada yang pernah cuba, ada yang tak pernah cuba. Sape yan tak pernah cuba tu jom kak iza bagi resepi.. Sonang yo...
BAHAN-BAHANNYA:
- 10 keping roti sandwich gardenia
- 10 batang sosej
- 4 keping biskut cream creaker (dihancurkan)
- 2 biji telur (dipukul seperti ingin buat telor dadar)
CARA MEMBUATNYA:
- Ambil roti, buang setiap bahagian tepi roti. Buang menggunakan pisau.
- Setelah buang lenyekkan roti hingga nipis.
- Kemudian ambil sosej dan letakkan diatas roti yang siap dilenyek tadi, lalu digulungkan.
- Potong sosej yang berlebihan dihujung kiri dan kanan.
- Setelah itu celupkan roti yang siap digulung tadi ke dalam telor yang telah dipukul. Kemudian salutkan roti tadi ke dalam biskut yang telah dihancurkan.
- Buat sehingga habis roti tadi dan barulah digoreng ke dalam minyak yang sederhana panas.
- Goreng hingga kuning keemasan. Pastikan api tidak terlalu besar.
- Angkat dan sedia untuk dihidang. Mudah je kan. Selamat mencuba.
Asyik buat kuih je sampai lupa nak fikirkan hari ni nak masak ape. Semalam suami kak iza mancing. Dapat la 2 ekor ikan pari. Kak iza ingat nak buat pari masak rempah la hari ni. Meh la kita tengok resepinye.
BAHAN-BAHANNYA: - 500 gm ikan pari - dipotong sederhana besar
- 4 cawan air asam jawa
- 1 bungkus kecil rempah kari - dibancuh dengan sedikit air
- 80 gm kelapa - dibakar sedikit dan ditumbuk lumat
- Beberapa helai daun kari
- 2 batang serai - diketuk pangkalnya
- Minyak untuk menumis
- Garam dan serbuk perisa secukup rasa
- Bendi atau terung (jika suka)
- 2 sudu besar cili kering kisar
BAHAN DIKISAR: - 1 sudu besar lada hitam
- 5 labu bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 2 cm kunyit hidup
- 2 cm halia
- 3 cm lengkuas
- Sedikit belacan
CARA MENYEDIAKANNYA: - Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik aroma.
- Masukkan cili kisar, lada hitam, kunyit, halia, belacan dan lengkuas. Biarkan semuanya masa.
- Masukkan rempah kari, serai, daun kari dan kelapa bakar.
- Masukkan ikan pari dan campurkan air asam jawa, biarkan mendidih.
- Masukkan garam dan serbuk perasa. Akhir sekali masukkan bendi atau terung.
- Setelah mendidih, angkat dan hidangkan.
Pagi ni kak iza buat jemput-jemput udang je. Ni pun dah sedap. Jom la tengok macam mana buat jemput-jemput udang ni.
BAHAN-BAHANNYA:
- Udang besar dipotong kecil
- 1 pokok daun kucai (dihiris halus)
- 1 biji bawang merah kecil (dihiris halus)
- Setengah biji cili merah (dihiris halus)
- 1 biji telur
- Tepung gandum & air secukupnya
- Garam secukup rasa
CARA-CARANYA:
- Masukkan semua bahan ke dalam bekas. Gaul rata.
- Adunan dibiarkan selama lebih kurang sejam atau lebih baik semalaman. Supaya bahan-bahan sebati.
- Goreng dengan minyak panas. Goreng hingga kekuningan keemasan.
- Angkat dan sedia untuk dihidang. Makan panas-panas memang sedap.
- Boleh la cuba.
KEK COKLAT KUKUS ni biasanya kak iza buat bila tiba hari raya atau buat besday anak-anak kak iza je. Resepi kek coklat kukus ni kawan kak iza yang bagi. first time buat sedap juga, tu yang kak iza nak kongsi ni. Jom kita buat.... =D
BAHAN-BAHANNYA: - 1 cawan gula pasir
- 1 cawan minyak mazola
- 1 cawan serbuk koko
- 1 cawan susu pekat
- 1 cawan air panas
- 2 cawan tepung gandum
- 2 biji telur
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh soda bikarbornat
CARA-CARANYA - Masukkan gula, minyak mazola, telur dan susu pekat. Pukul hingga kembang.
- Kemudian ayakkan koko, tepung gandum, soda bikarbornat dan baking powder.
- Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan yang dipukul hingga kembang tadi.
- Kemudian masukkan air panas sedikit demi sedikit.
- Kukus sehingga masak.
- Sejukkan dan potong. Sedia untuk dihidang.
Bukan ayam je boleh buat ayam percik tapi ikan pun boleh buat juga cuma resepinya lain sikit. Kak iza dah pernah buat resepi ni. Senang je buatnya. Jom kak iza kongsi resepinya.
BAHAN-BAHANNYA: - 5 ekor ikan kembung
- 13 ulas bawang merah - ditumbuk
- 1 cm halia - ditumbuk
- Sedikit belacan
- Sebiji kelapa ambil santan pekat
- Gula
- Garam
- Serbuk perasa (sekiranya suka)
CARA MENYEDIAKANNYA: - Gaulkan ikan yang siap disiang dan dikelar dengan sebahagian daripada bahan-bahan. Perap sebentar.
- Campurkan santan dengan belacan, baki bahan tumbuk, garam, gula dan serbuk perasa. Kemudian didihkan atas api hingga pekat (Jangan biarkan santan bertahi minyak / berketul-ketul. Sentiasa kacau)
- Bakar ikan hingga masak, siram dengan kuah dan bakar lagi. Ulangi proses ini beberapa kali supaya kuah bersalut dan meresap ke dalam ikan.
- Angkat dan sedia untuk di makan dengan nasi atau begitu sahaja. Rugi tak cuba.
Dua minggu lepas jiran kak iza ada bagi kak iza kuih samosa pakistan. Rasanya memang sedap. Kak iza pun terus mintak resepi kuih ni kat jiran kak iza tu. Dah dua minggu dapat resepi tu baru hari ni kak iza ingat nak buat. Jomlah kita buat sama-sama.
BAHAN-BAHANNYA:-
Bahagian kulit:
- 100 gram tepung gandum
- 1/4 sudu kecil serbuk lada hitam
- 1/4 sudu kecil serbuk penaik
- 1/4 sudu kecil garam
- 1/4 sudu kecil serbuk jintan putih
- 60 gram marjerin
- 2 sudu besar yogurt asli
Bahagian Inti:
- 2 biji kentang kecil - kupas kulit dan potong dadu
- 1 labu bawang besar - dicincang kecil
- 1 sudu besar rempah kari daging (terpulanglah nak guna jenama apa tapi kak iza suka guna adabi)
- 2 sudu besar minyak masak
- Garam secukup rasa
CARA SEDIAKAN KULIT:
- Ayak tepung, garam halu dan serbuk penaik.
- Kemudian campurkan jintan putih, serbuk lada hitam serta lada putih. Kemudian gaul dengan marjerin dan yogurt. Uli hingga menjadi doh yang lembut
CARA SEDIAKAN INTI:
- Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang dan masukkan rempah kari diikuti sedikit air dan kacau hingga pecah minyak.
- Masukkan ubi kentang, kacau sebentar dan tutup sehingga empuk dan kuahnya agak kering. Angkat dan sejukkan.
CARA MENYEDIAKAN SAMOSA:
- Bahagikan doh menjadi bebola kecil sebesar 2cm.
- Kemudian canai setiap bebola lebih kurang 2mm. Potong dua dan isikan inti.
- Kemudian lipat berbentuk segi tiga. Basahkan hujung lipatan dengan air dan cantumkan kemas agar tidak terbuka.
- Goreng dalam minyak panas dan api yang sederhana hingga kekuningan.
- Angkat dan sedia untuk dimakan. Cubalah ye
Jom hari ini kita minum petang dengan sardine ranggup. Senang je buatnya. Rugi kalau tak cuba. Kita buat sama-sama ye.
BAHAN-BAHANNYA: - 10 keping roti
- 1 tin sardin kecil (cap ape pun takpe)
- 1 ulas bawang besar - dicincang halus
- 1 biji telur
- 3 ulas bawang mereh - dikisar
- 1ulas bawang putih - dikisar
- 4 tangkai cili kering - dikisar
- Sedikit serbuk roti oren / boleh juga guna biskut kering (hancurkan)
- sedikit minyak untuk masak dan menggoreng
CARA-CARANYA:
- Tumiskan bahan kisar dan masukkan sardin yang tlah dihancurkan. Kacau rata, kemudian masukkan bawang besar yang siap dicincang. Masak sehingga garing dan angkat sejukkan sebentar.
- Ambil roti letakkan sardin ditengah-tengahnya, Kemudian kepitkan dengan acuan karipap.
- Celupkan roti di dalam adunan telur.
- Salut roti dengan serbuk roti oren. Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan
- Pastikan api dalam keadaan sederhana supaya roti tidak hangus.
- Sedia untuk dihidang. Selamat mencuba.
Pagi esok kak iza nak buat lagi kuih tepung bawang ni. Nampak macam kuih karipap kan. Tapi bukan karipap. Caranya lebih kurang sama macam nak buat karipap. Jom kak iza tunjukkan camne nak buat kuih tepung bawang ni.
BAHAN-BAHANNYA:-
Bahagian A (Kulit): - 2 cawan tepung gandum
- 4 sudu besar marjerin
- 1/2 sudu kecil garam
- 1/2 cawan air
- Minyak untuk menggoreng
Bahagian B (Inti): - 1/2 cawan isi ayam - dipotong kecil
- 1 cawan kentang - dipotong dadu
- 2 labu bawang besar - dipotong dadu
- 1/2 sudu kecil hirisan halia
- 2 sudu besar rempah kari daging - dibancuh dengan 4 sudu besar air
- Garam secukup rasa
- Sedikit hirisan daun sup dan daun bawang (Ikut suka nak letak atau tidak)
- Minyak untuk menumis
CARA-CARA MEMBUATNYA:-
Cara membuat inti: - Tumis bawang besar hingga kekuningan kemudian masukkan halia dan rempah kari. Kacau rata
- Masukkan isi ayam bersama kentang dan garam. Kacau hingga rata dan tutup kuali sebentar hingga kedua-dua bahan empuk
- Setelah empuk, masukkan hirisan daun sup serta daun bawang, kacau sebentar, keringkan kuah sekiranya ada. Angkat dan sejukkan.
Cara membuat kulit:
- Sediakan bekas mengadun, masukkan tepung , garam dan marjerin. Gaul dengan rata.
- Tuangkan air sedikit demi sedikit sambil diuli hingga membentuk doh yang lembut.
- Canai setebal suku sentimeter. Terap dengan acuan bulat.
- Kemudian isikan inti, tangkup dengan sekeping lagi adunan yang sama tapi yang tidak diletakkan inti. Dan kelim kemas sekelilingnya.
- Setelah selesai barulah goreng dengan api yang sederhana hingga kekuningan.
- Angkat, sedia dimakan panas-panas. Selamat menjamu selera.
POPIA BASAH ni selalu jugak kak iza makan waktu kat kolej dulu. Biasanya yang jual mamak je. Tapi sekarang ini buat sendiri je. Kawan kak iza yang ajar. Walaupun nampak rumit tapi lebih baik buat sendiri. Mari kita belajar buat kuih ini.
BAHAN-BAHANNYA:-
Bahan Kulit Popia: - 600 gram tepung gandum
- 600 gram air
- 1 sudu kecil cuka
- 2 sudu kecil minyak jagung
- 1 1/2 sudu kecil garam
Bahan Inti Popia:
- 300 gram sengkuang - diparut kasar memanjang
- 1 batang lobak merah - diparut kasar memanjang
- 5 gram udang kering - digoreng garing dan ditumbuk halus
- 100 gram udang segar - dipotong kecil
- 4 ulas bawang putih - dicincang halus
- Garam secukup rasa
- Sedikit minyak untuk menumis
- 100 gram kacang panjang - dipotong kecil nipis
- 200 gram tauge
- 2 biji telur - digoreng hancur
- Sedikit bijan - disangai atau digoreng tanpa minyak
- Sedikit kacang tanah - digoreng tanpa minyak dan ditumbuk jangan terlalu halus
- sedikit baang goreng
Bahan Sos:
- 50 gram cili kering - dikisar halus
- 5 ulas bawang putih - ditumbuk halus
- Sedikit air asam jawa
- Garam secukup rasa
- 100 gram betik dikisar halus untuk mememkatkan kuah
CARA-CARA MEMBUATNYA:-
Bahagian kulit Popia: - Untuk kulit popia, satukan kesemua bahan dan gaul hingga sebati. Kemudian perapkan adunan sekurang-kurangnya 4 jam. Pastikan adunan ini tidak bergentel atau bertali.
- Dengan api sederhana panaskan sedikit minyak jagung di atas pan panas, setelah betul-betul panas leserkan adunan diatasnya hingga terhasil kulit popia yang nipis (seperti buat lempeng tapi buat nipis sikit)
- Biarkan sehingga kulit popia benar-benar masak sebelum diangkat. Setelah angkat letak di dalam pinggan dan tutup dengan tuala lembab.
Cara sediakan inti: - Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih sehingga naik aroma, kemudian masukkan udang segar.
- Masukkan lobak merah, kacang panjang, sengkuang dan taugeh. Gaul rata seketika, kemudian masukkan udang kering dan garam secukup rasa.
- Akhir sekali masukkan telur yang telah digoreng hancur, kacau seketika, angkat dan biarkan inti sejuk.
Cara sediakan sos:
- Satukan semua bahan dan masak seketika.
Cara Menyediakan Popia: - Ambila sekeping kulit popia, sapukan sedikit sos di atasnya, isikan inti di tengahnya. Kemudian tabur bawnag goreng, kacang tanah serta bijan dan gulung seperti menggulung kuih ketayap.
- Boleh juga menyapu sos dan menabur kacang, bijan dan bawang goreng di atas popia yang siap di gulung.
- Sediakan untuk dihidang. Selamat mencuba.
Kak iza rajin buat bergedil ini. Resepi ini senang sangat Dalam seminggu mesti dua atau tiga kali kak iza akan buat. Anak-anak pun sukakannya. Makan camtu pun sedap. Nak tau macam mana buat bergedil ayam. Jom kita sama-sama buat.
BAHAN-BAHANNYA: - Kentang (anggaran 7-10 biji)
- 2 biji telur
- 1/2 mangkuk ayam dikisar
- Garam secukup rasa
- Lada putih (Ikut suka)
- Buah pala dikisar (Ikut suka)
- Bawang goreng
CARA-CARA MEMBUATNYA:
- Kupas dan potong kentang kemudian goreng tidak terlalu garing. Kemudian angkat kentang itu.
- Pecahkan telur dan asingkan kuning dan putih telur itu.
- Kemudian masukkan ayam yang dah dikisar dan kentang yang dah di goreng tadi ke dalam mangkuk dan lenyekkan.
- Kemudian masukkan kuning telur dan bawang goreng ke dalam ayam tadi dan lenyekkan sekali. Masukkan sedikit garam, lada putih dan buah pala. Gaul hingga sebati.
- Bentukkan bulat bahan tadi seperti bergedil. Celup dalam putih telur yang siap dipukul dan goreng di dalam minyak panas.
- Goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan sedia untuk di makan.
Teringin nak buat kuih putu ayu pula hari ini. Jom kita buat.
BAHAN-BAHANNYA: - 5 biji telur
- 4 sudu besar gula
- 1 cawan tepung pulut
- 4 sudu besar tepung gandum
- Garam secukup rasa
- 2/3 santan pekat
- Kelapa parut (sukatan ikut suka)
- Pewarna hijau / perisa pandan
CARA-CARA MEMBUATNYA: - Pukul telur, kemudian masukkan gula. Pukul hingga kembang.
- Masukkan tepung pulut, tepung gandum dan garam ke dalam ayak tepung. Kemudian ayak tepung tersebut ke dalam mangkuk telur tadi. kacau hingga sebati dan masukkan santan dan kacau lagi.
- Tambah pewarna hijau / perisa pandan ke dalam adunan tepung tadi.
- Gaul kelapa parut dengan sedikit garam dan masukkan ke dalam acuan. kukus selama 5 minit.
- Kemudian masukkan adunan tepung tadi di atas kelapa yang telah di kukus. Kukus selama 15 minit lagi.
- Sejukkan dan sedia untuk dihidang. Selamat mencuba.
Kak iza ingin kongsi resepi kuih talam keladi. Kuih ini memang kesukaan kak iza. Jom kita buat kuih ini.
BAHAN-BAHANNYA:
Bahagian A (Lapisan Bawah)
- 400-450 gm Keladi
- 110 gm Tepung Gandum
- 580 gm Santan (santan pekat 300 gm + 280 gm air sejuk)
- Garam secukup rasa
Bahagian B (Lapisan Atas)
- 80 gm Tepung Gandum
- 380 gm Santan pekat ( 190 gm santan pekat + 190 gm air sejuk)
- 2 biji Telur
- 120 gm Gula pasir
- Garam secukup rasa
- Pewarna keladi (purple atau violet)
Cara Membuatnya:
Lapisan Bawah
- Keladi dipotong dadu dan kukus atau rebus hingga masak dan dilenyekkan
- Masukkan tepung gandum, garam dan santan
- Gaul ketiga-tiga bahan sehingga sebati dan masakkannya hingga keluar wap dan pekat (sentiasa dikacau supaya tidak berketul). Kemudian tutup api.
- Masukkan keladi yang siap dilenyek ke dalam campuran ketiga-tiga bahan tadi dan kacau supaya rata.
- sapukan seluruh permukaan loyang dengan minyak kemudian lapikkan plastik di dalam loyang (sapukan juga minyak di permukaan plastik dan sekekliling loyang)
- Masukkan bahan-bahan tadi ke dalam loyang dan kukus sehingga masak.
Lapisan Atas
- Masukkan tepung gandum,gula,garam dan telur. Gaul bahan itu hingga sebati.
- Masukkan santan dan gaul lagi sehingga sebati
- Masakkan atas api dan masukkan sedikit pewarna purple serta dikacau sehingga keluar wap tapi jangan sampai pekat untuk memastikan permukaan atas licin (sentiasa dikacau supaya tidak berketul). Setelah keluar wap tutup api.
- Kemudian tuangkan bahan tadi di atas lapisan bawah dan kukus semula sehingga masak
- Tunggu sehingga sejuk baru dipotong menggunakan pisau plastik. Siap untuk dihidang
Inilah rupa kuih talam keladi yang baru di masak. Selamat mencuba.
|
|